Blogger Widgets
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 2 November 2012

Pemulangan & Pengambilan BukuTeks

Acara dimulakan dengan bacaan Yaasin. Para pelajar diminta untuk berkumpul di kantin bagi merialisasikan acara tersebut. Pelajar-pelajar bukan muslim berkumpul di belakang untuk belajar Pendidikan Moral.

Tamat sahaja acara tersebut, En Esham memberikan beberapa taklimat tentang aktiviti yang akan dilaksanakan.

Pemulangan buku teks dimulai dengan tingkatan 2. 2 Ibnu Khaldun memulangnya dahulu dan diikuti kelas-kelas lain.

Setelah selesai pemulangan buku teks bagi tingkatan 2, kini tiba giliran pelajar-pelajar tingkatan 1.

Mereka melakukan perkara yang sama dengan tingkatan 2. Selepas itu, mereka diminta untuk mengambil pula buku teks tingkatan 2 untuk digunakan pada tahun 2013.



Sekian saja makluman setakat ini. Sebarang pertanyaan ataupun komen boleh emel kami di zikryzafris@gmail.com
Terima Kasih.