Isnin (5/11)
Menjelang waktu zohor, para pelajar diminta untuk menunaikan kewajipan mereka. Selepas itu, pelajar-pelajar tingkatan 1 diminta untuk bergerak ke kelas masing-masing bagi menyelesaikan PBS mereka yang belum lengkap.
Selepas rehat, aktiviti yang dinanti-nantikan telah tiba. Masing-masing mengambil tempat dan mulakan kerja mereka. Mereka saling bekerjasama di dalam kumpulan.
6.00 ptg. Para hakim yang terdiri daripada Pn Norazlina dan Pn Intan Syakirah tiba di kantin. Mereka menilai dengan teliti.
Setelah selesai, En Esham memberikan sedikit taklimat tentang hari seterusnya. Kemudian, para pelajar dibenarkan pulang.
Lampiran Bergambar
Terima Kasih.