Blogger Widgets
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 1 November 2012

Pertandingan Memasak Maggi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Seperti yang telah dijadualkan, hari ini berlangsungnya aktiviti pertandingan memasak maggi dan Mereka bentuk rumah bagi tingkatan 1. Manakala,tingkatan 2 disediakan dengan aktiviti mereka bentuk rumah dan pertandingan memasak sandwic. 

Seawal pukul 12:55, para pelajar diminta untuk menunaikan kewajipan mereka.Masa yang diberi hanya 15 minit. Pada pukul 1:10, pelajar diminta untuk berkumpul di kantin. Beberapa taklimat diberikan oleh beberapa guru kepada pelajar-pelajar sekalian. Guru yang berkenaan ialah En Esham dan Pn Ayisah.

Menjelang pukul 1:30, aktiviti yang dirancangkan telah bermula, para pelajar mengambil tempat masing-masing dan memulakan kerja mereka. Pelajar telah ditetapkan tempat iaitu satu meja satu kelas. Pada pukul 2:00, para pemimpin pelajar ataupun dikenali sebagai pengawas diarah untuk beredar dari kantin dan menuju ke Dewan Saujana. Mereka mempunyai jamuan, dimana hanya pengawas yang terlibat.

Kembali kepada aktiviti, tingkatan 1 sibuk dengan magginya, manakala tingkatan 2 dengan rumahnya.Masing-masing berusaha keras bagi mencapai kemenangan yang diidami. Masa yang diberi bagi pertandingan memasak maggi ialah 2 jam, manakala mereka bentuk rumah ialah 2 jam 30 minit.

Tiba pukul 3:30, masa bagi pertandingan memasak maggi telah tamat. Para hakim tiba di kantin dan mulakan kerja mereka. Mereka berjalan dari meja ke meja dan menilai hasil titik peluh para pelajar. Ada yang berpuas hati dan ada yang sebaliknya. Kemudian, tiba giliran pelajar tingkatan 2 pula. Mereka diminta untuk menghantarkan model-model rumah mereka ke hadapan dan diletakkan di atas sebuah meja. Para hakim berdiri di tepi meja dan menilai.

Pada pukul 4:00, para pelajar berehat dan menunaikan solat Asar. Mereka diminta untuk berkumpul semula pada pukul 4:30.

Selepas itu, mereka ke babak seterusnya.Tingkatan 1 dengan mereka bentuk rumah, manakala tingkatan 2 dengan pertandinga memasak sandwic. Semua mengeluarkan bahan-bahan yang dibawa dari rumah dan memulakan tugasan mereka. Ada yang menggunting,memotong,menampal,menyapu,mengacau rakan yang lain dan banyak lagi. 

Selepas kedua-dua aktiviti tersebut telah dilaksanakan, para pelajar diminta untuk membersihkan kantin dan menyusun meja-meja dan kerusi-kerusi kembali kepada keadaan asal. Kemudian, Pn Faridatul memberikan beberapa taklimat tentang aktiviti esok iaitu pemulangan dan pengambilan buku teks. Para pelajar memberikan tumpuan dengan sepnuhnya. Ada yang mencatat,mendengar,berbual dan sebagainya.Tiba pukul 6:43, para pelajar dibenarkan pulang.

Lampiran Bergambar

















Sekian saja makluman setakat ini. Sebarang pertanyaan ataupun komen boleh emel kami di zikryzafris@gmail.com
Terima Kasih.